'Baju pengantin atau kain kapan? Mana satu yg engkau akan pakai dahulu..tiada siapa akan tahu melainkan Dia'
“Kau ni memang taknak kahwin ke?“
Soal seorang teman secara tiba-tiba. Saya yang sedang menulis terhenti seketika, memandangnya sekilas sambil kembali menghadap buku.
“Apa kau merepek?“
Saya membalas ringkas.
"Yela, kau ni asyik busy je macam tak fikir pun nak kahwin, peliklah aku.”
“Kenapa kau nak kahwin?"
Pen saya letakkan sebentar di atas meja sambil mengurut-urut bahu sendiri. Penat.
"So, betullah kau taknak kahwin?” Soalan saya dibalas soalan.
Saya senyum.
“Aku pernah pergi satu talk tu, ada sesuatu yang ahli panel tu cakap yang buat aku berfikir sampai sekarang.”
“Apa dia?”
“Kalau nak kahwin, bagi sebab nak kahwin dan sebab tu dibentangkan depan Allah dan Rasulullah, mereka boleh senyum dan suka maka kahwinlah."
Saya menarik nafas,
"Sebab tu aku tanya kau kenapa nak kahwin.”
“Sebab nak elak maksiat?”
“Bagi aku, orang yang bagi sebab nak kahwin sebab nak elak maksiat adalah orang-orang yang jalan hidupnya penuh dengan jalan-jalan menuju kemaksiatan. Tak mungkin orang yang tidak mendekati jalan-jalan maksiat perlu khuatir akan terjebak dengan maksiat. Macam kau lalu jalan KL tapi khuatir sampai London."
Saya ketawa sendiri,
"Lagipun siapa jamin lepas kahwin kau tak mendekati maksiat? Kau tengok sendiri surat khabar berapa banyak kes-kes suami isteri curang.”
Dia merenung jauh,
“Sebab nak lengkapkan separuh Agama?”
Saya tersenyum,
“Aku teringat kata-kata prof dr Yusuf Al-Qaradhawi. kau nak dengar?”
“Ceritalah.”
“Katanya, semata-mata bernikah belumlah menunaikan makna melengkapkan separuh Agama, bahkan bernikah dengan wanita solehah, yang dapat membantu urusan Agama sang lelaki itulah dapat menunaikan maksud itu. Yang mengingatkan tatkala pasangannya lupa dengan urusan kepada Tuhannya. Yang mengingatkan apabila dia lalai dari kewajipannya, yang menguatkan pasanganya apabila dia lemah dari menunaikan tanggungjawab dakwahnya.”
Saya berhenti, menarik nafas panjang, terasa sebak didada mengenangkan bait-bait kalimah ulama’ tersohor itu, “Bahkan, boleh jadi nikah dengan pasangan yang kurang agamanya akan menjadi punca kemerosotan pasangannya. Dalam kalangan ikhwan, apabila seorang lelaki berkahwin dengan seorang wanita lalu semakin susut dari dakwah dan tanggungjawabnya maka mereka akan berkata, semoga Allah merahmatinya, dia telah pun meninggal pergi disibukkan dengan isterinya!”
Dia diam lama, sebelum kembali bertanya,
“So kau tak nak usaha ke? ke kau ni memilih sangat?”
“Aku tengah usahalah ni. Usaha perbaiki diri, kalau ada pasangan aku kat dunia pun aku harap dia sedang memperbaiki diri, bersabar dan bersangka baik dengan Allah.”
“Kau tak takut ke orang cerca kau kahwin lambat.”
“Aku baru 26 kot.” Saya tergelak besar,
“lagipun kahwin lambat tu subjektif, kat negara arab maybe 18 tahun dah tua, kat korea 30 tahun pun muda lagi nak kahwin, kat England takde cop too old to get married. Benda subjektif, kau nak fikir cakap orang buat apa, asalkan Allah tak marah sudahlah.”
“Kau ni mas, ade je nak menjawab kan.”
Kami ketawa bersama,
“Yang aku pelik, baju pengantin atau kain kapan, yang mana satu aku akan pakai dulu takde siapa tahu tapi tak pernah pula ada orang tanya aku — macam mana? dah ready ke nak jumpa Allah.”
Kami sama-sama diam. Cuba meneliti hati masing-masing.
Yang paling penting — menilik-nilik diri, siapalah aku di hadapanMu, Ilahi. Bernikah atau tidak, ia rahsia mutlak pemilik diri, maka fokuslah pada apa yang pasti. Agama ini. Jalan ini. Bukankah terlalu banyak masa yang kita buang pergi — Sampai saudara-saudara kita pun kita tak peduli lagi.
Bagi sahabat-sahabat yang awal melangkah ke dalam ‘masjid’ itu, dan kita yang masih duduk di luar masjid maka bersabarlah menunggu.
Menunggu dengan penuh kesabaran dan keikhlasan.
Allah Maha Adil lagi Maha Penyayang. Mana mungkin Dia tidak mengendahkan kita yang tetap setia beriman kepadaNya?
Mana mungkin, Dia tidak mempedulikan rintihan jiwa kita, jeritan batin kita sedang Allah lagi sangat Memahami semua rasa itu lebih dari manusia?
Tenang-tenanglah. Semakin hebat amal dan kedekatan seseorang itu kepadaNya, semakin Allah sayang.
Bila Allah semakin sayang, pastinya Allah nak serahkan diri kita kepada hamba yang paling terbaik. Yang akan menyayangi dan menghargai kita sepenuh hati kelak. InshaAllah Ta'ala, amin.
“Selagi bergelar bujang, kita masih bisa merebut ‘cinta ekslusif’ dari Tuhan.
Yakinlah, pasti cinta insan yang paling ‘ekslusif’ juga yang akan Allah berikan!”
Barakallah buat mereka yang telah selamat menyempurnakan deenNya. Semoga sempurna jua cinta itu untuk dibawa hingga ke syurga Illahi. Wallahhu Ta'ala A'lam.
Credit to: Abuhanifah (sebab pertama kali aku jumpa post ni di Tumblr dia)
Credit to juga kepada penulis asal (dgrnya ini bukan penulisan Abu Hanifah)
Aku mohon maaf, aku benar2 tidak tahu penulis origin artikel ni. Aku macam kamu semua, terjumpa baca, terkena batang hidung sendiri dan share dengan kawan2 rapat (nama2 yg aku tag) btw, sbnrnya aku dah pm privately AbuHanifah utk minta izin share apa sahaja artikel dari tumblr dia. Dan artikel ni adalah satu2 nya artikel yg aku share dari tumblr dia. Since aku ingat artikel ni dia punya (aku tahu adab)
Maafkan Abu Hanifah sebab dia tidak cite nama penulis asal membuatkan semua yg membaca termasuk aku tidak tahu siapa penulis asal dan beranggapan ini penulisan dia. Maafkan dia.
Aku berasa kesal dan berharap bnda ni xkan berlaku lagi. Dan aku bukan jenis orang yg buta2 copy paste tanpa credit pada penulis asal. Aku ada ilmu aku tahu adab.
Ini semua salah paham. Dan perkongsian artikel ni sehingga beribu2 tu diluar jangkaan aku.
Apapun terima kasih pada penulis asal. Penulisan anda terbaik. Buktinya, tgk pada like dan share. Saya doakan semoga penulis diberkati Allah (sbb berkongsi bnda yg baik serta memberi manfaat pada ramai orang) dan dipermudahkan segala urusan. Diberikan rezeki melimpah ruah.
Maaf salah silap.